Blog ini memberikan khidmat nasihat serta penjelasan secara saintifik meliputi masalah berkenaan fizikal, mental, emosi dan spiritual untuk membentuk pemusatan tenaga semaksimum mungkin bagi meningkatkan daya tumpuan dan fokus manusia dalam setiap matlamat dan tujuan.
GELOMBANG ELEKTRON
Frekuensi potensi rakaman energi gelombang elektron sebenarnya akan memberi kepantasan kepada seluruh sistem tubuh kita yang bekerja melalui aliran darah.
Rakaman tenaga dalam kelajuan gelombang terpantas ini tidak akan memberi ruang masa kepada segala jenis bakteria untuk menjadi lebih pantas daripadanya.
Teori ini amat meyakinkan kerana bakteria tidak mampu memintas, menceroboh atau melakukan sebarang keganasan di dalam sel-sel darah kita.
Rakaman gelombang dalam frekuensi elektron ini akan membina keimunan yang paling semula jadi malah akan menjadi penentang kepada virus-virus yang luar biasa daripada keturunan streps yang berbahaya. Tambahan pula generasi akan datang mempunyai sistem keimunan yang sangat rapuh sehingga ubatan antibiotik tidak lagi berkesan malah dengan mudah ditentang oleh bakteria.
Kuman-kuman pada hari ini semakin digeruni seperti virus ‘SARS’ yang menyaksikan satu kemunculan mikroorganisma (‘SUPER KUMAN’) yang luar biasa berbisa dan ganas.
Frekuensi elektron dengan kepantasan masa melalui kaedah rakaman gelombang bunyi akan menggetarkan ubat-ubat lebih aktif untuk menentang ‘Super Kuman’.
Makrofaj (sel di antara tisu-tisu) yang aktif dapat dipercepatkan pergerakannya melalui kelajuan yang lebih tinggi menerusi teknologi ini.
Dengan teknologi ini pasukan sel-sel T akan melalui proses kenalpastian diri sendiri dengan pantas dan tiada satu pencerobohan yang dapat berlaku kerana tiada lagi peruntukan masa untuknya mencuba sesuatu di luar kawalannya.
Diet yang buruk seperti mengambil terlalu banyak makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi hanya akan menyebabkan sel-sel semakin tidak dapat mengawal diri sendiri.
Pengambilan alkohol (arak, wain) sebenarnya telah dikenalpasti sebagai satu tabiat yang buruk kerana ia merupakan minuman yang terlalu banyak kandungan jisim iaitu lebih daripada 1500 jenis.
Jisim-jisim di dalam alkohol ini sebenarnya bertindak sebagai penindas imun dan merangsang radikal bebas yang jahat dan sentiasa menunggu kehadiran jisim-jisim berat ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment