LOGAM BERAT

Bahan makanan yang mempunyai banyak unsur-unsur yang berion positif (proton) dalam kandungan mineralnya digelar logam berat. Kesemua jenis makanan mengandungi mineral. Oleh itu, semua jenis makanan boleh ditentukan sama ada ia bermineral berat atau ringan.

Logam berat ialah bahan yang tidak boleh bersenyawa dengan DNA. Jumlah logam berat yang banyak akan dinyahkan keluar oleh tubuh. Proses penyahlogam berat di dalam tubuh akan menyebabkan fungsi sel terbeban seterusnya melemahkan atau jika jumlahnya amat berlebihan dalam tubuh, ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ.

Organ yang akan terjejas ialah organ yang mempunyai DNA yang berkromosom aktif dengan unsur senyawa. Dalam tubuh kita, sel Hati dan sel Kelenjar Pituitary amat mudah bersenyawa dengan sesuatu unsur. Oleh itu, jika logam berat hadir ke rahagian Hati dan Kelenjar Pituitary, ia akan menjejaskan fungsi organ tersebut. Apabila fungsi sel terjejas, maka akan timbul gejala yang berkaitan dengan peranan organ tersebut.

Kelenjar Pitutary

Kelenjar Pituitary mempunyai liang kapilari yang sangat halus hingga menyukarkan pengaliran darah yang sempurna ke dalamnya. Kehadiran logam berat di bahagian pituitary akan mengganggu kelancaran darah untuk memasukinya. Kelenjar Pituitary pula tidak memiliki kemampuan yang cukup untuk menyingkirkan logam berat yang berlebihan. Walaupun ia boleh berlaku, tetapi terpaksa melalui proses mempertenagakan sel secara semulajadi yang memakan tempoh masa yang lama.

Fungsi Kelenjar Pituitary

Kelenjar Pituitary merembeskan dua jenis hormon yang dinamakan vasopressin dan oxytoccin. Kedua-dua hormon ini memiliki rahsia kekonduksian elektrik. Sesetengah rawatan alternatif menggelarkan hormon ini dengan istilah "groin hormon" yang merujuk kepada fungi pembesaran tubuh, pertumbuhan sel baru dan awet muda. Dengan adanya groin hormon, semua kelenjar endocrine akan berfungsi dengan baik untuk menghasilkan hormon masing-masing. Boleh lah kita mengganggap bahawa Kelenjar Pituitary adalah pusat atau pengawal semua sistem kelenjar dalam tubuh.

Kelenjar Pituitary yang lemah akan menjejaskan fungsi sistem keseluruhan tubuh. Sistem hormon yang seimbang akan menjadikan daya pengawalaturan (organiser) nukleus setiap sel seluruh tubuh terganggu. Gangguan pengawalaturan dapat dilihat dalam bentuk psikologi manusia iaitu "ingatan". Maksudnya, pituitary berfungsi mengawal daya ingatan.

Secara asasnya jika Kelenjar Pituitary lemah, maka daya ingatan kita akan lemah. Ingatan yang terganggu akan menjadikan kerja harian kita bertambah kelam kabut. Kelemahan yang berterusan akan mengganggu isyarat elektrik di bahagian otak maka akan timbul simptom seperti Epilepsi. Apabila urik asid berlebihan di dalam tubuh, maka logam berat yang melemahkan Kelenjar Pituitary akan menyebabkan simptom Parkinsonisme, iaitu melemahkan keupayaan pergerakkan otot yang disebabkan oleh tersekatnya impuls dari otak.
Antara simptom lain akibat kelemahan Pituitary adalah seperti jadual di bawah;


SimptomKeterangan
DamentiaKenyanyukan
EpilepsiGangguan elektrik otak
MeningitisKeradangan selaput otak
ParaplegiaKelumpuhan bahagian bawah
ParkinsonismeIsyarat motor terganggu
EnsetalitisKeradangan otak
PoliomielitisKelumpuhan menyeluruh

Apabila seseorang yang mengalami masalah lemah Kelenjar Pituitary pada peringkat kronik, ia boleh membawa maut.

Hati

Hati mempunyai liang yang sangat kompleks yang dipanggil lobul dan setiap sel hati mempunyai hubungan secara langsung dengan kapilari darah. Oleh itu, hati adalah organ yang paling berisiko terjejas dengan logam berat.


Fungsi Hati

Hubungan langsung hati dengan darah menjadikan isyarat pemikiran dari nukleus sel hati mudah disalirkan ke sistem darah, sistem limpatik dan ke seluruh sistem endokrin. Sekiranya hati lemah, maka daya pemikiran kita akan lemah. Maksudnya hati menjaga daya pemikiran. Tanda orang yang lemah daya pemikiran ialah timbulnya perasaan malas membaca, malas mengira dan kepada pelajar akan timbul masalah malas belajar disebabkan kurangnya penghayatan emosi. Keadaan ini dinamakan lemah EQ (emotional quotient). Apabila EQ lemah, pada masa yang sama berkalu perkara sebaliknya iaitu mula muncul kekuatan IQ (intelectual quotient). Perbezaan EQ dan IQ ialah boleh dilihat seperti jadual di bawah;


Emotional QuotientIntellectual Quotient
Belajar melalui penghayatan dan pemahamanBelajar melalui hafalan
Pengalaman jangka panjangIngatan jangka pendek
Menghargai dan memahami orang lainMemberi keutamaan kepada diri sendiri dahulu
Tidak begitu terserlah dalam pelajaran tetapi bekerja dengan rajin sebelum dimintaCemerlang dalam pelajaran tetapi keras kepala dan degil
Turut mencadangkan jalan kerja dengan kreatifLurus bendul jika menurut perintah
Bekerja lebih masa dan menggandakan kerjaBekerja dengan jalan pintas atau seperti yang dikehendaki sahaja
Memperbaharui pengalamanDihantui peristiwa
Menganalisa dengan terpeinciMengekstrak isi penting
Yakin dengan pengorbananTerpaksa menipu untuk selamat
Perkara yang jelas salah, dihindariMatlamat menghalalkan cara

Sumber Logam Berat

Logam berat banyak didapati di bahagian permukaan tanah. Tumbuhan yang mempunyai akar menjalar, paling banyak menyerap logam berat. Tumbuhan yang kurang menyerap logam berat mempunyai akar tunjang yang jauh ke bumi. Beberapa tumbuhan herba seperti tongkat ali dan alfafa mempunyai akar tunjang yang terpanjang dan sangat dalam ke dasar bumi sehingga didapati tidak terdapat langsung sebarang logam berat didalamnya.

Tumbuhan yang mempunyai logam berat yang terbanyak ialah kobis dan bayam. Walaupun Imitation Antique Medicine (perubatan allopati) mendakwa bahawa sayuran tersebut mempunyai banyak zat, tetapi atas kecetekan ilmu mereka sebenarnya zat tersebut apabila dikaji, ia memiliki atom radioisotop berproton. Maksudnya di dalam kobis terdapat protein radioisotop 12, bukan sahaja tergolong dalam logam berat, malah boleh digunakan untuk tujuan pembelahan nukleus berantai bagi tujuan penjanaan loji janakuasa elektrik. Pengambilan kobis dan bayam hanya akan menyebabkan Kelenjar Pituitary bertambah lemah seterusnya menimbulkan simptom yang disabitkan dengan gangguan Kelenjar Pituitary.

Haiwan yang mempunyai sifat pemakan bangkai atau kotoran, menyimpan logam berat di bahagian kulit. Contohnya ialah seperti ikan keli, ikan limbat, ikan patin, ikan lampan dan beberapa ikan lain yang ciri-cirinya lah kulitnya licin, halus dan hitam.
Sebenarnya, semua jenis ikan walaupun kulitnya cerah dan kasar, ia tetap akan menyimpan logam berat di bahagian kulit kepala. Oleh itu, elakkan memakan ikan tersebut dan bagi semua jenis ikan, elakkan memakan di bahagian kepalanya.
Penguraian Logam Berat

Logam berat boleh disingkarkan dari tubuh hanya dengan cara nyah toksik dan persenyawaan unsur. Dengan memakan bahan yang tidak mengandungi logam berat seperti tongkat ali dan alfafa, tidak dapat membantu masalah logam berat.

Pituitary memiliki tenaga yang vibrationnya boleh disukat iaitu di bawah tahap 200 nanometer iaitu hampir menyamai warna putih atau sinar. Pituitary mempunyai keupayaan menguraikan logam berat secara semula jadi jika ia dipertenagakan dengan vibration warna putih. Dalam rawatan Attitude Therapy, formula untuk mempertenagakan Pituitary ialah CL 2.


Kaum hawa berkeupayaan menyingkirkan logam berat melalui haid. Keupayaan optimum untuk haid menyingkirkan logam berat akan terjadi sekiranya bahagian pituitary itu panas. Oleh itu, wanita dalam tempoh haid tidak digalakkan membasuh rambut.

Tidak ada makanan yang khusus untuk menguraikan logam berat. Kajian mendapati, kismis berkeupayaan mengurai logam berat di bahagian Kelenjar Pituitary. Namun hanya dalam sukatan yang tepat sahaja keberkesanannya akan berlaku. Jika anda ingin mengamalkan pemakanan kismis, ambilkan 7 biji sekali makan dan ambil setiap seminggu sekali. Waktu terbaik untuk mengambil kismis ialah pada hari Ahad malam Isnin iaitu sebelum tidur. Pemilihan hari malam Isnin kerana hari Isnin adalah resonan dengan warna putih yang menyamai tenaga Kelenjar Pineal.

Penguraian logam berat hanya berlaku sekiranya tubuh berada dalam keadaan "minda separa sedar". Minda separa sedar hanya boleh dicapai sekiranya kita dapat tidur dalam keadaan aktiviti otak berada pada tahap delta. Untuk otak berada pada tahap delta, kita perlu tidur pada waktu kegelapan iaitu antara selepas Isyak hingga 3 pagi. Ketika itu waktu lebih resonan dengan vibration sinar atau putih.

Petua Penjagaan Kelenjar Pituitary

Sekiranya anda ada menghadapi gangguan simptom yang berkaitan dengan kelemahan Kelenjar Pituitary, berikut ialah beberapa petua sebagai ikhtiar untuk mengurangkannya.

1. Tidur awal setiap malam.
2. Jangan tidur dalam keadaan terang.
3. Jangan makan kobis, bayam, kepala ikan, ikan keli atau seumpamanya.
4. Jangan makan makanan yang mengandungi perasa, penahan dan pewarna tiruan.
5. Jangan cuci rambut ketika haid (bagi wanita).
6. Cuba mengamalkan kismis (amaran: ikut dos, jangan makan berlebihan).

The Law of Attraction

Memang sudah menjadi tabiat mereka yang mengalami masalah yang berkaitan dengan Kelenjar Pituitary akan tertarik untuk makan makanan atau biasa melakukan perkara yang bertentangan seperti yang disarankan di bahagian "Petua Penjagaan Kelenjar Pituitary"

Pendekatan yang digunakan untuk mengatasinya ialah dengan memberi kaunseling yang boleh dijelaskan melalui "The Law of Attraction". "The Law of Attraction" ialah salah satu cabang daripada "The Law of Equilibrium" yang diasaskan oleh Dr. Ariffaizal.

Mempertenagakan Molekul Dan Atom

Attitude Therapy berpengalaman dalam bidang mempertenagakan sel sebagai salah satu kaedah terulung, bersih dan selamat dalam ikhtiar untuk merawat pelbagai penyakit. Rawatan Attitude Therapy menggunakan CL 2 sebagai formula utama. Kaedah rawatan adalah sangat unik dan bergantung kepada tahap penyakit seseorang.

Kaedah mempertenagakan unsur merupakan kaedah yang telah lama diamalkan dan dimajukan oleh pengamal rawatan Homeopaty. Tetapi Attitude Therapy telah mengambil pendekatan yang jauh kehadapan dengan cara memberikan "masa" kepada unsur.


Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

No comments:

Post a Comment