Mineral atau galian adalah sebatian semula jadi yang dibentuk menerusi proses geologi. Perkataan "mineral" merangkumi bukan hanya komposisi kimia sesuatu bahan tetapi juga struktur mineral. Komposisi mineral berbeza daripada unsur tulen dan garam sederhana sampai kepada silikat yang amat kompleks dengan beribu-ribu bentuk yang diketahui (sebatian organik biasanya tidak dikira). Kajian ke atas mineral ini dikenali sebagai mineralogi.
KUMPULAN MINERAL
Dari segi pemakanan, mineral tergolong dalam dua kumpulan:
Mineral makro dan mineral surih. Badan kita memerlukan mineral surih dalam jumlah yang sedikit manakala mineral makro dalam jumlah yang besar. Mineral makro merupakan elektrolit kerana mineral-mineral ini membantu kita mengawal imbangan air selular.
Mineral makro:
Kebanyakan orang mempunyai masalah kekurangan kalsium. nutrisi kalsium yang cukup adalah penting untuk pembentukan tulang dan untuk mengelakkan kekurangan bersangkutan dengan kelesapan tulang.
- Magnesium mengawal tindakbalas biokimia di dalam badan kita dan penting untuk kesihatan. Kekurangna magnesium boleh berlaku pada orang-orang yang lebih tua, mereka yang kerap minum minuman beralkohol, wanita mengandung dan mereka yang mengalami cirit-birit. Kajian menunjukkan bahawa mengambil magnesium sewaktu mengandung boleg mengurangkan kecacatan kelahiran bayi.
- Kekurangan fosforus jarang berlaku tetapi adalah penting untuk sentiasa mengekalkan keseimbangan kandungan magnesium, kalsium dan fosforus dalam badan.
- Potasium membantu mengekalkan sistem saraf yang sihat dan mengawal degupan jantung. Tahap potasium yang rendah mungkin akan menyebabkan tekanan darah tinggi.
Mineral Surih:
- Kromium memetabolismekan glukosa. Kita tidak mendapat bekalan kromium yang cukup daripada pemakanan kita. Atlit-atlit, wanita yang mengandung dan mereka yang sudah mencecah usia empat puluhan memerlukan nutrisi tambahan.
- Tembaga membantu kita membina tulang, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengekalkan saraf serta sendi-sendi yang sihat. Kekurangan tembaga mengakibatkan osteoporosis.
- Besi sangat penting dalam membina darah. Remaja perempuan, mereka yang hanya makan sayur-sayuran dan atlit-atlit selalunya kekurangan zat besi.
- Selenium diserap dari tanah oleh tumbuh-tumbuhan atau haiwan ternakan. Kekurangan selenium dikaitkan dengan kanser dan sakit jantung.
- Zink sangat penting bagi fungsi kelenjar prostat dan pertumbuhan organ-organ pembiakan. Mereka yang mengalami cirit-birit, sakit buah pinggang, peluh yang berlebihan, diabetes mungkin kekurangan zink.
Wanita yang mengambil kalsium selepas putus haid tidak patut mengambil zat besi. Kalsium dan besi meneutralkan sesama sendiri. Orang dewasa yang berumur lebih daripada 50 tahun tidak memerlukan zat besi tambahan kecuali jika doktor mendapati terdapat kekurangan kandungannya.Mereka yang bergantung kepada insulin seharusnya mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil kromium.
AKIBAT KURANG ATAU LEBIH MINERAL
Mineral
|
Sumber
| Peranan Pada Tubuh |
Kesan kekurangan @ lebihan Dos
|
Kalsium
|
Susu, dadih, keju, sardin, brokoli dan daun lobak putih.
|
Membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Mengingkatkan fungsi otot dan saraf. Membantu darah membeku. Menggiatkan enzim-enzim yang diperlukan tubuh untuk menukarkan makanan kepada tenaga.
|
Kekurangan:
Lebih dos:Riket (sejenis penyakit tulang) pada kanak-kanak, osteomalasia (tulang lembut) dan osteoporosis pada orang dewasa. Mengalami sembelit, karang, ginjal, pengumpulan kalsium pada tisu-tisu badan. Menghalang penyerapan zat besi dan mineral-mineral lain. |
Fosforus
|
Dada ayam, susu, kekacang, kuning telur dan keju.
|
Ia bergantung dengan kalsium dalam pembinaan tulang dan gigi yang sihat. Diperlukan untuk metabolisme, kimia tubuh, fungsi saraf dan otot.
|
Kekurangan:
Lebih dos:Walaupun jarang berlaku, ia dapat menyebabkan seseorang itu mengalami lemah-lemah tubuh, sakit tulang dan kurang selera makan. Menghalang penyerapan kalsium oleh sistem tubuh. |
Magnesium
|
Ayam, daging lembu, sayur-sayuran hijau, brokoli, bertih jagung, biji janggus dan gandum.
|
Menjana enzim yang diperlukan untuk mengeluarkan tenaga dalam tubuh. Diperlukan oleh tubuh dalam pembentukan bahan genetik dan pertumbuhan tulang.
|
Kekurangan:
Lebih Dos:Loya, bengkeng, lemah-lemah otot, kekejangan dan masalah jantung. Loya, muntah-muntah, tekanan darah rendah, gangguan sistem saraf. Amaran: Lebih dos dapat membawa maut pada mereka yang menghidap penyakit ginjal. |
Kalium
|
Kacang tanah, pisang, jus oren, kacang hijau, cendawan, brokoli dan biji bunga matahari.
|
Membantu mengekalkan keseimbangan cecair badan dan amat diperlukan oleh fungsi saraf dan otot.
|
Kekurangan:
Loya, kurang selera makan, lemah-lemah otot dan rasa tidak selesa terutamanya bagi mereka yagn mengalami cirit-birit. Jarang terdapat kes lebih dos dalam mineral ini. |
Folik Asid
|
barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oreng, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.
| Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.
Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.
| Sakit disekeliling mulut Sakit lidah Anemia. Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak. |
Zat besi atau iron
|
hati, tiram, kerang, buah pinggang, daging tanpa lemak, ayam/itik dan ikan. Kacang dan sayur yang dikeringkan adalah sumber iron yang baik daripada tumbuhan
| Zat besi atau iron adalah nutrien penting untuk badan manusia. Seorang lelaki dewasa yang sihat mempunyai 40 hingga 50 mg iron per kilogram berat badan manakala bagi wanita dewasa mempunyai 35 hingga 50 mgs per kilogram berat badan.Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan haemoglobin.
Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan.
|
Keletihan, lemah badan
Berdebar, sakit dada. Kesukaran bernafas. Anemia. |
Iodin
| udang kara, tiram, sardin dan rumpai laut adalah sumber iodin yang baik.
Jumlah iodin yang terkandung dalam susu dan telur adalah ditentukan oleh jumlah iodin yang terdapat dalam makanan ternakan tersebut. Kandungan iodin yang terdapat pada sayur-sayuran adalah berbeza mengikut jumlah kandungan iodin yang terdapat pada tanah.
| Fungsi iodin yang diketahui ialah sebagai bahagian perlu kepada hormon tairod. Hormon tairod mengatur banyak aktiviti berlainan termasuk tumbesaran, pembiakan , fungsi neuromuskular, pertumbuhan kulit dan rambut, metabolisma selular, dan menolong melepaskan tenaga ke dalam sel.
Badan kita biasanya mengandungi 20 – 30mgs iodin. Lebih kurang 60% daripadanya terdapat dalam kilang tairod, selebihnya didapati pada keseluruhan tisu badan , terutamanya dalam ovari, otot dan darah.
| Penyakit Goitre (benguk) iaitu pembesaran kilang tairod IQ rendah Hypothyroidism. Cretinism (cacat fizikal dan mental), pada kanak-kanak |
Potassium
(Kalium) | Potassium wujud hampir pada semua bahagian dalam haiwan dan tumbuhan asli, dan terdapat dalam hampir semua makanan yang kita makan. Dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana kaya dengan potassium dapat menambah pengambilan potassium. Buah-buahan yang kaya dengan potassium termasuklah pisang, limau, jus limau, anggur, jus anggur, tembikai, prun, peach, pear, dan avocado.Sayur-sayuran yang kaya dengan potassium termasuklah mentimun, ubi kentang. kobis, kacang, kacang peas dan tomato.
Lain-lain sumber potassium yang baik ialah hasil susu dan daging termasuk daging lembu, kambing, ayam dan ikan
| Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi otot.Kekurangan potassium bukanlah sesuatu yang jarang berlaku kerana pengambilan garam yang banyak, makan makanan yang dikilang, pengambilan diuretik dan meminum air yang banyak akan menyahkan potassium daripada badan kita. Mereka yang mengambil diuretik untuk mengawal penyakit darah tinggi dan sembab hendaklah berhati-hati apabila mengambil makanan yang tinggi kandungan potassium kerana banyak jenis diuretik yang menyebabkan kehilangan potassium dalam air kencing.
Alkohol, kopi, gula, diuretik, makanan berkarbohidrat rendah , tekanan mental dan fizikal, boleh menyebabkan kekurangan potassium.
| Keletihan, lemah badan. Tekanan mental, denyutan jantung tidak normal. Kulit kering, tekanan darah rendah. Sembab, terdapat protin dalam air kencing, dan kejang otot |
No comments:
Post a Comment