Garam & Sifatnya



GARAM AMAT DIGEMARI DI JEPUN 
Manusia kini semakin terdedah kepada kesan buruk akibat daripada pencemaran alam yang semakin berleluasa. Disebabkan itu, kita kini semakin berhati-hati dalam pemakanan dan mula menghargai alam sekitar. 
Makanan semulajadi yang semakin popular kini adalah sayuran organik, sayuran yang ditanam tanpa menggunakan bahan kimia. Selain itu di kebanyakkan negara maju, selepas sayuran berorganik yang diperkenalkan, mereka kita beralih kepada asas sebenar pada makanan dan keperluan badan manusia iaitu GARAM.

Korea dan Jepun merupakan pelopor bagi penguatkuasaan penggunaan GARAM SEMULAJADI yang diproses secara manual dan teliti untuk mempastikan khasiat yang baik dapat diperolehi oleh sekalian rakyatnya demi mengurangkan kos rawatan bagi beberapa penyakit yang dapat dielakkan, contohnya darah tinggi dan diabetis.

Di kebanyakkan dapur kini, setelah puluhan tahun, kita telah menggunakan garam yang di istilahkan sebagai garam buatan. Garam buatan mengandungi 99 % Natrium Klorida ( NaCl ). Penggunaan garam ini bukan sahaja digunakan secara meluas di Malaysia malahan di seluruh dunia. Garam buatan (Garam Kimia)  dihasilkan melalui proses kimia dan elektrik iaitu dengan kaedah membran pertukaran ion.


Garam semulajadi ( Garam semulajadi ) adalah lebih baik daripada garam buatan ( NaCl ). Mari kita lihat perbandingannya.


*Maklumat daripada hasil kajian pakar Korea.

Melalui maklumat diatas, kandungan Natrium dan Klorida adalah kurang ( amat merbahaya sekiranya kadarnya terlalu tinggi atau pengambilan melebihi dos ) dan dapat juga diperhatikan bahawa kandungan zat lain seperti Kalium, Kalsium, Magnesium, Ferum, Fosforus dan Sulfur mempunyai kelebihan yang ketara.  Inilah kandungan utama bagi garam semulajadi, bukan sahaja memberi faedah kepada badan manusia malah menjadikannya lebih baik dan sedap.

No comments:

Post a Comment